Tuesday, February 22, 2011

iskandar zulqarnain vs alexander the great

assalamualaikum mhq. just to share something. sekarang aku suka sgt mengkaji sejarah, ntah sebab apa. sebab boring sgt kot, or mmg sbnrnya saya baru sdar yang aku suka sejarah . HAISSH . masa kat sekolah dlu asyik mengantuk je bile masuk bab2 sejarah nih , skrg tengok dh blurr balik, macam tak pernah blaja je .
p/s : cik fadzillah , thanks for teaching me. walaupun kdg2, mata sya nih byk tertutp drpd terbuka bile time sejarah .tapi cikgu nih best sgt !


Zulqarnain seorang yang beriman sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran sedangkan Alexander seorang yang kufur. Zulqarnain hidup lebih awal daripada Alexander. Masyhurnya Iskandar Zulqarnain ini menyebabkan banyak raja-raja selepasnya menggunakan nama Iskandar/ Alexander termasuklah Alexander the Great dari Macedonia (Maquduniah) itu. Raja-raja Melayu sendiri banyak yang menggunakan nama Iskandar. Bahkan secara peribadi saya memandang nama ‘Rajendra’ yang digunakan oleh beberapa orang raja di India tidak lain ialah ‘Alexander’ ataupun ‘Iskandar’. Yang paling terkenal ialah Rajendra 1 (Raja Suran) dari Kerajaan Chola yang berjaya menakluk Tanah Melayu termasuklah kerajaan Gangga Negara di Perak.

Saya (*ketika artikel ini ditulis, sebelum saya menyelidiki sendiri siapa Zulqarnain) memilih pemerintah Parsi kuno sebagai Zulqarnain iaitu antara Maharaja Cyrus (Korsh/ Kursh) ataupun Darius (Dara) , tapi bukan Maharaja Dara yang berperang dengan Alexander Macedonia. Kajian menunjukkan empayar Parsi kuno ini antara empayar yang paling luaspernah wujud di muka bumi, melebar dari Barat (Eropah dan Afrika) hingga ke Timur (China dan Jepun).

Bukti-bukti menunjukkan perjalanan Alexander Macedonia tidak sampai pun ke negara China, paling jauhpun di pinggirnya saja, kemudian dia menemui maut dalam usia yang muda. Alexander juga tidak membina apa-apa benteng sedangkan Zulqarnain membina benteng kukuh antara gunung (yang saya percaya binaan awal Tembok Besar China sebelum disambung hingga menjadi beribu-ribu kilometer kerana memang ada bahagian tembok itu berteraskan logam bersalut tembaga di sebelah dalamnya) untuk menyekat kaum Yakjud Makjud (bangsa-bangsa gusar di utara China).

Sumber-sumber Barat tentang Alexander Macedonia tidak menyentuh tentang pembinaan benteng. Namun Barat mula menyentuhnya apabila mereka menyedari wujudnya cerita benteng Zulqarnain dalam al-Quran.

Zulqarnain membawa agama tauhid yang saya yakini sebagai agamaZoroaster (Zarathustra yang kemudiannya terseleweng hingga menjadi agama Majusi yang menyembah api . Agama inilah yang bertapak kukuh di Parsi kuno. Ada juga pendapat mengatakan beliau membawa agama Nabi Ibrahim ataupun agama peninggalan Nabi Nuh.


Agama Zoroaster dikatakan membawa pemahaman wujudnya Tuhan baik yang diseimbangkan dengan tuhan jahat. Berkemungkinan perkara ini menghasilkan pemahaman yin dan yang di China.

Salah seorang penasihat utama Alexander ialah Aristotle (Aristun Syah) . Hingga kini agama Aristotle masih diragukan sungguhpun dia dan guru-guru sebelumnya seperti Socrates dan Plato nampak tidak sealiran dengan pemerintah dalam isu ‘sembahan’. Mereka lebih kepada ahli falsafah berbanding Nabi ataupun seorang yang menganut agama tauhid. Penasihat Zulqarnain yang masyhur pula ialah Nabi Khidhir, yang jelas-jelas bertauhid.

Beberapa pengkaji berpendapat ‘Barat’ yang terkenal dengan sikap suka memanipulasikan sejarah itu memainkan peranan penting untuk men’Zulqarnain’kan Alexander Macedonia. Mereka cukup sakit hati jika apa-apa kelebihan memihak kepada ‘Timur’ termasuklah dalam hal Zulqarnain. Barat mahu Alexander Macedonia diyakini semua orang sebagai Zulqarnain dalam Quran. Quran dengan bijaknya menyanggah hal itu apabila menyanjung keagamaan Zulqarnain yang jauh berbeza dengan ‘keliaran’ Alexander Macedonia.

Lihat sajalah filem Alexander keluaran Barat, ‘diwarnakannya’ rambut Zulqarnain dengan warna perang. Padahal sisa-sisa bukti yang ada menunjukkan Zulqarnain berambut hitam. Namun dalam hal ini ada kekecualian. Boleh jadi memang filem itu hendak menceritakan Alexander the Great dan bukannya Iskandar Zulqarnain al-Quran.

Rom dan Parsi saling beralih kuasa pemerintahan (pentadbiran dunia digilir-gilirkan antara Timur dengan Barat). Kedua-duanya ada raja yang bernama ataupun bergelar Iskandar. Rom pastinya iri hati dengan Iskandar Zulqarnain Parsi yang gah suatu waktu dahulu. Atas sebab itu Rom (Barat) mahu membuktikan Iskandar merekalah yang paling agung. Seboleh-bolehnya mereka mahu menutup kisah Iskandar Zulqarnain dari Parsi. Sekali lagi Quran begitu bijak menyanggah hal ini dengan menyebut tokoh ini sebagai ‘Zulqarnain’ sahaja tanpa ‘Iskandar/ Alexander’. ‘Zulqarnain’ hanya ada di Parsi dan bukan di Rom (ketika itu berpusat di Macedonia).

Saya ada menyimpan satu artikel lama (lebih kurang 20 tahun dulu) yang saya koyak dari sebuah akhbar (rasanya Utusan ataupun Berita Harian) tapi kini entah di mana. Penulisnya berpendapat Zulqarnain ialah anak Nabi Ibrahim daripada isteri(gundik)nya iaitu Qanturah/ Ketura. Anak inilah yang berguru dengan Aristotle. Penulis cenderung untuk mengakui keimanan Aristotle, Plato dan Socrates.

Pada saya, pandangan ini tidaklah kukuh. Sebagaimana yang kita maklumi, Iskandar/ Alexander yang berguru kepada Aristotle ialah anak Raja Phillips (Filaqus), bukan anak Nabi Ibrahim. Tentang keimanan ketiga-tiga tokoh falsafah itu, tidaklah kita ada maklumat yang selengkapnya.

Menurut buku ‘Lelaki Misteri Dalam Al-Quran-Iskandar Zulkarnain’, banyak ulama dan sejarahwan menyokong Alexander the Great sebagai Zulqarnain tetapi semakin hari semakin ramai yang menolaknya termasuklah Ibnu al-Qayyim, Imam Bukhari, Ibnu Taimiyyah dan Sayyid Qutb.

Wallahualam.

‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’

No comments:

Post a Comment

Followers