Wednesday, March 16, 2011

:'(

jika sepasang kekasih berdating di taman,
kita tidak sabar2 dating dalam halaqoh,
jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi di bawah cahaya rembulan, berdeua duaan , jauh dari orang
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang, tanpa takut dan bimbang,
jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
kita berhibur dengan madah kalamullah
Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu
Kita berkasih sayang atas landasan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,
jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja Pencipta kita
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,
saling nasihat menasihati agar makin berkualiti
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ni mereka yang punya,
kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya.
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan segala galanya demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala galanya demi cinta agungNya
dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya
tautan hati.

2 comments:

  1. Teehee, buku sayalah, rindu.
    Nanti time amik result bawak eh,
    Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung *Tautan Hati either :) *

    ReplyDelete

Followers